A.Y.A.H

Seorang ayah mungkin tidak selalu berkata “aku sayang kamu”.

Tetapi seluruh hidupnya adalah bukti bahawa dia memang menyayangi keluarganya.

Ayah pernah takut. Ayah pernah gagal. Ayah juga pernah menangis.

Tetapi dia memilih untuk menyembunyikan semuanya demi memastikan anak-anaknya terus tersenyum.

Kita tidak pernah melihat tekanan yang menghimpit fikirannya.

Kita tidak pernah mengetahui berapa kali dia mengira baki wang di dalam dompet sebelum membeli keperluan keluarga.

Kita tidak pernah tahu berapa banyak impian yang dikorbankannya supaya impian anak-anak dapat direalisasikan.

Dia bekerja ketika sakit. Dia bertahan ketika letih. Dia terus melangkah walaupun bahunya sarat dengan beban kehidupan.

Kerana baginya, kebahagiaan keluarga lebih penting daripada keselesaan dirinya sendiri.

Terima kasih kepada ayah. Suaramu kami merindui.

Terima kasih kerana menjadi benteng ketika kami lemah.

Terima kasih kerana menjadi pelindung ketika kami takut.

Terima kasih kerana berkorban walaupun dunia jarang menghargainya.

Selamat Hari Bapa.

Tn Haji Khasim Abdul Aziz

YDP PAS Kawasan Ampang

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top